Tuesday, July 10, 2012

Nasihat Keras Dengan HIKMAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 akidah kepada pembaca yg kusayangi dan ku cintai kerana Allah.
Apa kabar Iman mu ?? Aku harap kalian sentiasa menghijabkan diri dngan amalan soleh ^_^
Alhamdulillah kali ini ana berkesempatan mencoretkan coretan MAHABBAH buat sahabat2 renungi dan fahami keindahan islam yg ada disekeliling kita <3

Ana baru sahaja berkunjung di sebuah kedai buku memilih mencari buku2..Ana terlalu dahagakan ilmu rasa nak beli je semua buku kat dlm tu..huhu ~~ tp kena hati2 juga..x semua buku boleh dibaca..takut2 penulisnya Syiah atau Wah... ... hihi ^^ ..so, dlm masa pemilihan buku tu ana memilih Untuk membeli buku 
"KISAH KEHIDUPAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI"
Buku asli : Mawa'izh Al-Syeikh 'Abd Al-qadir Al-Jailani.


Ok..ana nak crita satu Bab yg cukup menarik dalam buku ni berkaitan syeikh..bab ni bertajuk 

''BERTAMBAH RAJIN SETELAH DINASIHATI DENGAN KERAS"

   Suatu ketika, SYEIKH ABDUL QADIR, bercakap dengan amat Tegas, bahkan terasa cukup Keras, kepada seorang muridnya yang hanya datang kepadanya setahun sekali. Beliau berkata,: 

"Jangan datang kepada ku hanya setahun sekali, atau sebulan sekali, atau seminggu sekali, lalu pulang tanpa mendapat secuil pun ilmu dariku, meskipun sebesar biji sawi. Amalkan ajaran ku dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan apapun dari makhluk, esok diAkhirat kamu akan memperolehi ribuan kali ganda dari yang dapat diberikan makhluk. Aku memnanggung bebanmu,sedangkan kamu bimbang aku akan menugaskanmu menanggung bebanku. Pedahal Allah cukup Bagiku dalam menanggung semua bebanku.Musafirlah bersamaku seribu tahun  untuk mendengar satu kalimat sahaja dariku. Bagaimana mungkin aku dapat melangkah bersamamu sedangkan kamu sering kali tidak hadir disisi ku? Kamu ini Malas, Sedikit dungu dan bodoh. Kamu mempunyai keyakinan bahawa kamu telah diberi sesuatu, Betapa dunia telah menggemukkan orang sepertimu, lalu menelanmu.Dunia telah menggemukkan mu dengan kedudukan dan harta melimpah, tetapi ia lantas menelanmu. Bila kami melihat harta di dunia, kami tidak berlumba mengambilnya.Ingatlah, kepada Allah semua urusan akan kembali. Semua yang kita perolehi berasal dari Allah s.w.t"

   Setelah orang ini beredar meninggalkan tempat duduknya, Sebahagian murid Syeikh berkata kepadanya,
"kamu menasihatinya dengan melampau keras"

   syeikh Menegaskan, 
"apabila dia amalkan apa yang ku katakan, Dia akan kembali lagi kesini."

   Kemudian orang itu pun sentiasa hadir di majlis syeikh, dia datang kepadanya bukan hanya pada semasa pengajian, lalu duduk di hadapanya dengan ajrih dan rendah hati.semoga allah mencucukan rahmat keatasnya..
----------------------------

Subahanllah..mantop kan kisah ni ^_^ so, ada masa kena lembut ada masa kena keras cuma masih dalam HIKMAH ...

"Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." [An-Nahl: 125]

"Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." [Ali Imran: 159]

"Sesungguhnya, tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia akan membaguskannya dan tidaklah (kelembutan) itu tercabut dari sesuatu, kecuali akan memburukkannya." [HR Muslim dalam Al-Birr wash Shilah (2594)]

"Barangsiapa yang tidak terdapat kelembutan padanya, maka tidak ada kebaikan padanya." [HR Muslim dalam Al-Birr wash Shilah (2592)
]

No comments:

Post a Comment