Wednesday, June 20, 2012

Berdiri Atas Usaha


Apa yang aku nampaklah dalam diri aku sendiri.

Kenapa aku join usaha ni? Selain ALLAH S.W.T. pilih aku untuk jadi umatnya yang dapat mengislahkan diri?
Setelah dapat usaha, apa persepsi masyarakat terhadap aku?

Aku berkurta, aku berjubah,
Aku berserban, aku berkopiah...

Masyarakat akan fikir aku golongan yang baik-baik. Inilah masalah yang paling aku tak beberapa gemar.
Tak bermaksud aku pakai mengikut sunnah, aku ni manusia yangpurrrrfect.


Aku masih ada kelemahan tersendiri. Mungkin sudah mengikut hukum sosial bahawa meng-stereotaip-kan seseorang itu sebagai biasa.

Aku mahu dilihat sebagai seorang hamba yang hina lagi banyak buat salah. Aku tak mahu masyarakat fikir aku ni baik sangat. Aku tak perlu. Sebab aku sendiri hina di sisi ALLAH S.W.T., kenapa aku perlukan masyarakat untuk memuliakan aku?

Benar, tiada siapa yang sanggup dihina. Semua nak dimuliakan.
Mulia itu baik, mulia itu 'berkuasa'.
Sedangkan yang beri kemuliaan & kehinaan itu adalah ALLAH S.W.T. sahaja.

Inilah antara prejudis yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala aku.

Tapi, kenapa bila aku berpakaian sunnah, aku masih tak betul perangai aku mengikut sunnah.

Aku seorang yang belajar. Yang sentiasa belajar, belajar, belajar. Bila kita belajar, kita kena amalkan. Dan amal itulah yang aku sentiasa cuba untuk praktikkan dalam hidup aku.

Bukanlah ingin aku katakan bahawa orang yang berkurta, berjubah, berserban, berkopiah, berjanggut, berjambang...blah...blah...blah... tu sebenarnya tak baik, TAK.

Tapi post ini merujuk kepada diri aku sendiri!

Ya, mungkin aku dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk buat usaha mulia ni!
Tapi, TAK! Aku bukanlah umat yang dipilih ALLAH S.W.T. untuk buat usaha ni! Semua umat Islam dipilih untuk buat usaha ni!

Ingatlah, ALLAH S.W.T. tak tengok pakaian orang. ALLAH S.W.T tengok hati orang. Niat manusia. Lillahita'ala atau sebaliknya.

Buanglah sifat-sifat mazmumah wahai diri...tanamkan sifat-sifat mahmuddah...moga ALLAH S.W.T. merahmati dirimu (aku) dan sekalian makhluk. Ameen.

No comments:

Post a Comment