Wednesday, September 26, 2012

Rindunya !!!!!!!! n_n ..

huhu..rasanya dah sebulan Aku x jumpa akq Tersayang..hihi..walaupun banyak ragam aku sebagai sorng adik..tp..akq tetap jugak layan..hehe..Alhamdulillah..semakin hari,kami dah dewasa..masing2 ada tugas..emm..aku akan truskan perjuangan dlm JIHAD ILMU..Akq aku pulak..(ehem2)..x lama lg bergelar sorng "____"..^^ huhu..apapun aku bangga dpat sorang akq yg Allah kuatkn dngan hidayah..smga Allah sntiasa mnjaga kkq ku walau dmana dia berada..emm..
banyak nak ckap ni..hehe..apapun sayang akq ketat2.. Muahhhhh <3

 Selamat bermujahadah ^^\

Tuesday, July 10, 2012

Nasihat Keras Dengan HIKMAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 akidah kepada pembaca yg kusayangi dan ku cintai kerana Allah.
Apa kabar Iman mu ?? Aku harap kalian sentiasa menghijabkan diri dngan amalan soleh ^_^
Alhamdulillah kali ini ana berkesempatan mencoretkan coretan MAHABBAH buat sahabat2 renungi dan fahami keindahan islam yg ada disekeliling kita <3

Ana baru sahaja berkunjung di sebuah kedai buku memilih mencari buku2..Ana terlalu dahagakan ilmu rasa nak beli je semua buku kat dlm tu..huhu ~~ tp kena hati2 juga..x semua buku boleh dibaca..takut2 penulisnya Syiah atau Wah... ... hihi ^^ ..so, dlm masa pemilihan buku tu ana memilih Untuk membeli buku 
"KISAH KEHIDUPAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI"
Buku asli : Mawa'izh Al-Syeikh 'Abd Al-qadir Al-Jailani.


Ok..ana nak crita satu Bab yg cukup menarik dalam buku ni berkaitan syeikh..bab ni bertajuk 

''BERTAMBAH RAJIN SETELAH DINASIHATI DENGAN KERAS"

   Suatu ketika, SYEIKH ABDUL QADIR, bercakap dengan amat Tegas, bahkan terasa cukup Keras, kepada seorang muridnya yang hanya datang kepadanya setahun sekali. Beliau berkata,: 

"Jangan datang kepada ku hanya setahun sekali, atau sebulan sekali, atau seminggu sekali, lalu pulang tanpa mendapat secuil pun ilmu dariku, meskipun sebesar biji sawi. Amalkan ajaran ku dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan apapun dari makhluk, esok diAkhirat kamu akan memperolehi ribuan kali ganda dari yang dapat diberikan makhluk. Aku memnanggung bebanmu,sedangkan kamu bimbang aku akan menugaskanmu menanggung bebanku. Pedahal Allah cukup Bagiku dalam menanggung semua bebanku.Musafirlah bersamaku seribu tahun  untuk mendengar satu kalimat sahaja dariku. Bagaimana mungkin aku dapat melangkah bersamamu sedangkan kamu sering kali tidak hadir disisi ku? Kamu ini Malas, Sedikit dungu dan bodoh. Kamu mempunyai keyakinan bahawa kamu telah diberi sesuatu, Betapa dunia telah menggemukkan orang sepertimu, lalu menelanmu.Dunia telah menggemukkan mu dengan kedudukan dan harta melimpah, tetapi ia lantas menelanmu. Bila kami melihat harta di dunia, kami tidak berlumba mengambilnya.Ingatlah, kepada Allah semua urusan akan kembali. Semua yang kita perolehi berasal dari Allah s.w.t"

   Setelah orang ini beredar meninggalkan tempat duduknya, Sebahagian murid Syeikh berkata kepadanya,
"kamu menasihatinya dengan melampau keras"

   syeikh Menegaskan, 
"apabila dia amalkan apa yang ku katakan, Dia akan kembali lagi kesini."

   Kemudian orang itu pun sentiasa hadir di majlis syeikh, dia datang kepadanya bukan hanya pada semasa pengajian, lalu duduk di hadapanya dengan ajrih dan rendah hati.semoga allah mencucukan rahmat keatasnya..
----------------------------

Subahanllah..mantop kan kisah ni ^_^ so, ada masa kena lembut ada masa kena keras cuma masih dalam HIKMAH ...

"Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." [An-Nahl: 125]

"Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." [Ali Imran: 159]

"Sesungguhnya, tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia akan membaguskannya dan tidaklah (kelembutan) itu tercabut dari sesuatu, kecuali akan memburukkannya." [HR Muslim dalam Al-Birr wash Shilah (2594)]

"Barangsiapa yang tidak terdapat kelembutan padanya, maka tidak ada kebaikan padanya." [HR Muslim dalam Al-Birr wash Shilah (2592)
]

Tuesday, June 26, 2012

Bukan Aku Yang Kau Sangka

Atas keizinan dan khudratmu ..
Aku berdiri
Atas kebesaranmu akan ku genggam bara bara islam ini
ya Allah
titipkanlah selaut kekuatan buat ku
----------------------------
Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Kredit to : Akil Hayy
--------------------------
BIAR PENJURU DUNIA ..
MAHUPUN SEPENJURU LANGIT MUSAFIRKU ..
MENGHARUNGI KEHIDUPAN SEBAGAI HAMBAMU ..
PASTI ISLAM KU GENGGAM RAPI ..
JIHAD !!!!

:: الهى انت مقصودي ورضاك مطلوبي :: " Tuhanku, Engkau yang ku maksudkan, Dan RedhaMu yang ku mahu "


Ya Allah..
Segala puji untukMu Tuhan yg mengatur segala kehidupanku,
Tuhan yg menetapkan ajal dan mautku,
Aku bersyukur kepadaMu dengan apa telah engkau berikan kepada aku,
Segala nikmat yg Engkau berikan kepada aku,
cukup membuktikan betapa Engkau kasih terhadap diriku,
Setiap helaan nafasku ini cukup membenarkan Engkaulah Ar-Rahman..

Ya Ghafur..
Didalam kekerdilan diriku ini..
didalam kehinaan diriku ini..
jua kedhaifan aku sebagai seorang hamba..
aku datang kepada Mu Tuhan..
Aku pohon..aku rayu..aku mengadu kepadaMu Ya Robb 
agar Engkau mendengar luahan hatiku ini..
Kerana aku tahu hanya Engkau yg mampu menghilangkan keresahan hati ini 
kerana Engkaulah Tuhanku..

Ya Muhaimin..
Aku tahu Engkau tidak akan menguji aku apa yg tidak aku terdaya,
Namun aku tidak mampu untuk bertahan lagi,
Aku tidak sanggup diuji dengan ujian yg telah Engkau berikan kepadaku,
Bukan aku tak redha..
tapi aku hanya ingin mengadu kepadaMu..

Ya Rahman..
Aku tahu aku diuji dengan perasaanku..
aku lemah Ya Allah..
Aku diuji dengan perasaanku sendiri..
aku tertipu dengan khayalan yg aku angan-angankan..
aku tertipu dengan impian yg aku cipta..
aku tertipu dengan harapan yg aku bina selama ni..
Tuhan..kurniakanlah aku kekuatan..

Ya Rahim..
Aku pohon Ya Allah..
Berikan aku ketabahan..
Berikan aku kesabaran..
Aku tak mampu lagi Ya Allah..
Haruskah aku bersedih kerana ini..
Perlukah ku tanggung semua ini Ya Allah..
Berikanlah aku jalan peyelesaian yg terbaik Ya Allah..
Agar aku bisa tersenyum kembali..Amin Ya Robb..
----------------------------------
Aku Keliru ..
dan aku telah temui jwpan atas kekeliruanku..

Wednesday, June 20, 2012

Berdiri Atas Usaha


Apa yang aku nampaklah dalam diri aku sendiri.

Kenapa aku join usaha ni? Selain ALLAH S.W.T. pilih aku untuk jadi umatnya yang dapat mengislahkan diri?
Setelah dapat usaha, apa persepsi masyarakat terhadap aku?

Aku berkurta, aku berjubah,
Aku berserban, aku berkopiah...

Masyarakat akan fikir aku golongan yang baik-baik. Inilah masalah yang paling aku tak beberapa gemar.
Tak bermaksud aku pakai mengikut sunnah, aku ni manusia yangpurrrrfect.


Aku masih ada kelemahan tersendiri. Mungkin sudah mengikut hukum sosial bahawa meng-stereotaip-kan seseorang itu sebagai biasa.

Aku mahu dilihat sebagai seorang hamba yang hina lagi banyak buat salah. Aku tak mahu masyarakat fikir aku ni baik sangat. Aku tak perlu. Sebab aku sendiri hina di sisi ALLAH S.W.T., kenapa aku perlukan masyarakat untuk memuliakan aku?

Benar, tiada siapa yang sanggup dihina. Semua nak dimuliakan.
Mulia itu baik, mulia itu 'berkuasa'.
Sedangkan yang beri kemuliaan & kehinaan itu adalah ALLAH S.W.T. sahaja.

Inilah antara prejudis yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala aku.

Tapi, kenapa bila aku berpakaian sunnah, aku masih tak betul perangai aku mengikut sunnah.

Aku seorang yang belajar. Yang sentiasa belajar, belajar, belajar. Bila kita belajar, kita kena amalkan. Dan amal itulah yang aku sentiasa cuba untuk praktikkan dalam hidup aku.

Bukanlah ingin aku katakan bahawa orang yang berkurta, berjubah, berserban, berkopiah, berjanggut, berjambang...blah...blah...blah... tu sebenarnya tak baik, TAK.

Tapi post ini merujuk kepada diri aku sendiri!

Ya, mungkin aku dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk buat usaha mulia ni!
Tapi, TAK! Aku bukanlah umat yang dipilih ALLAH S.W.T. untuk buat usaha ni! Semua umat Islam dipilih untuk buat usaha ni!

Ingatlah, ALLAH S.W.T. tak tengok pakaian orang. ALLAH S.W.T tengok hati orang. Niat manusia. Lillahita'ala atau sebaliknya.

Buanglah sifat-sifat mazmumah wahai diri...tanamkan sifat-sifat mahmuddah...moga ALLAH S.W.T. merahmati dirimu (aku) dan sekalian makhluk. Ameen.

Saturday, June 9, 2012

Cinta Yang Terkikis

Ya Rasululllah.. 
Kekasih yg dimuliai Allah.. 
Kau telah lama meninggalkan kami.. 
Peninggalanmu pemberian untuk menjadi rujukan kami.. 
Kau meninggalkan sunnahmu untuk pedoman kepada kami.. 
Kau meninggalkan akhlakmu untuk kami contohi.. 
Kau meninggalkan sahabat-sahabatmu untuk kami ikuti.. 





Ya Rasulullah.. 
Maafkanlah umatmu ini.. 
Segala-galanya telah ditenggelami zaman.. 
Umatmu sekarang ditindas bangsa lain.. 
Alangkah malunya jika kau melihat apa yang umatmu sedang lakukan kini..
Kami terlampau sibuk mengejar cita-cita.. 
Mengejar harta seberapa banyak yang mampu dikaut.. 
Tak tertahan godaan hawa nafsu.. 
Mengejar cinta yang tiada kepastian.. 
Tak terdaya melindungi kaum muslimah yang kembali ke zaman jahiliah.. 


Ya Rasulullah.. 
Kami benar-benar berdusta dengan risalah yang dibawa olehmu.. 
Kami berasa malu untuk bertemu denganmu kelak.. 


Ya Rasulullah.. 
LAYAKKAH KAMI MENJADI UMATMU???







 للّـهُمَّ صَلّ وَ سَلّمْ عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ

Thursday, June 7, 2012

Terus Melangkah ....



> Dlm ku melangkah pd tahun 2012, 
terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat 
hingga aku terduduk & menangis, Peritnya terasa
tp kutahu dan ku renung kembali ke dlm diri
kerana mungkin air mata yang hadir tika itu 
adalah kerana ALLAH mahu aku menjahit kembali sejadah iman ku yg kian terkoyak
lantaran ada langkah2 yg tersasar dari KEIKHLASAN dan KEIMANAN

Ya ALLAH
perbaikilah akidahku dan perbaikilah amal ibadatku
kurniakanlah aku semangat perjuangan dan pengorbanan

Ya ALLAH
kurniakanlah aku cinta sejati terhadap pengorbanan di jalan-Mu
sempurnakanlah amalan mulia yang ku lakukan ini

Allah berfirman : '' Dan kamu merancang dan Allah jua merancang , tetapi ketahuilah kamu sebaik-baik perancangan adalah Allah s.w.t. '' InsyaAllah , Allah memberikan kemudahann kepada hamba-NYA yang BERUSAHA mencari ILMU kerana-NYA .

♥ Man Jadda Wa Jada ♥ :) ( sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya ) (^,^)